Tuntutan Kami (Mahasiswa Islam)
<SAMBUNGAN>
- Banteras gejala sosial
Kami berpendapat bahawa anasir-anasir yang menjadi candu kepada rakyat khususnya umat Islam seperti pembiakan budaya hedonisme, pusat pelacuran dan judi menjadi faktor kelesuan pemikiran dan kelemahan iman umat Islam di Malaysia.
Kami menuntut agar pihak kerajaan menghapuskan atau sekurang-kurangnya menghadkan pelbagai anasir ini. Malah, kami khuatir sekiranya gejala sosial semakin kritikal, ia akan merugikan dan meruntuhkan ketamdunan negara dan kesucian agama.
- Unsur-unsur ilmiah dan agama disuburkan
Pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, institusi agam, pihak pentadbiran universiti dan lain-lain mestilah sentiasa menyuburkan program-program yang berbentuk intelektual dan agama. Kami juga menggesa bahawa silibus-silibus pendidikan di negara kita juga mestilah dikaji supaya ianya mampu memberikan kesan dan membina modal insan yang mengikut acuan Islam.
- Pemantauan di peringkat sekolah dan universiti
Kami yakin golongan-golongan pelajar dan mahasiswa Melayu Islam menjadi salah satu sasaran utama pihak-pihak yang memurtadkan umat Islam di Malaysia. Justeru, kami menggesa pihak pentadbiran dan tenaga pendidik di sekolah-sekolah, kolej-kolej dan universiti-universiti menjalankan pemantauan yang aktif terhadap mereka dan juga tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan disiplin sekiranya mereka terlibat.
Ini berhubung dengan kes-kes yang kami terima di IPT-IPT dan kolej-kolej di Malaysia. Kami sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat dan bukti yang lengkap
TINDAKAN MAHASISWA ISLAM TERHADAP ISU MURTAD
Kami mahasiswa Islam di Malaysia akan ;
- Memobilasi tenaga kami untuk turun ke akar umbi bersama masyarakat dalam memberikan penerangan dan kefahaman mengenai jenayah murtad yang semakin kronik di Malaysia
- Menggabung jalinkan hubungan dengan mana-mana badan kerajaan dan bukan kerajaan di Malaysia yang mendokong pendirian kami bagi membentuk satu koalisi yang kukuh dan padu
- Mempertahankan 'aqidah dan syariat Islam dengan segala kemampuan dan kapasiti kami sebagai mahasiswa
- Sentiasa lantang dan vokal dalam menyuarakan bantahan kami terhadap isu murtad yang berlaku di Malaysia
Maklumat lanjutan, sila hubungi kami di bbam0607@yahoo.com.my
KEMBALI KE MUKA HADAPAN
Posted at 05:50 am by bbam
Permalink